Love, Johanne : Sempurna
Apa pilihan yang aku ada. Kehidupan aku, pada mata kasar manusia mungkin terlihat sempurna. Tapi, mereka tak tahu apa yang tersimpan kemas di hati ini. Tak pernah kuluahkan kepada sesiapa. Mungkin mereka tahu sendiri. Sebab aku benci dilihat lemah dikasihankan. Selagi aku hidup, jangan pernah masuk ke dalam hidupku dalam dalam melainkan aku menyuruh dan mengizinkan. Kerana dalam dunia, sukar mencari insan yang begitu jujur memahami tanpa secebis rasa, tinggi diri. Tak ada. Walaupun aku sentiasa cuba untuk menjadi kuat, ada ketika dan masa aku lemah juga dan perlukan bahu untuk menangis. Menghamburkan segala rasa yang tersisa tanpa diadili. Dan aku mulai sedar, keluarga adalah segala galanya. Mungkin ada sebab kami diuji sebegini rupa. Ujian Allah tak pernah tak sia sia. Pasti didatangkan juga pahala yang terselit di atas kesabaran dan keredhaan. Juga pada setiap titis air mata yang risaukan masa hadapan. Cahayanya terlalu sedikit, selebihnya hitam kelam tak bermaya. Selagi ada masa. Selagi kami bersama. Selagi kami masih berstatus Hamba, pada-Nya. Untuk apa bersoal tentang ketidaksempurnaan hidup? Jika sebenarnya perkara itulah yang akan membuat mu kental dari sebelumnya.
Aku tetap menghargai orang orang di sekeliling. Yang memberi pertolongan, yang menceriakan hidup. Yang memberi senyuman pada aku. Dan keluargaku. Hanya Allah yang mampu balas semua. Dan tunggulah. Mungkin aku akan datang membawa kejayaan dan menolong kalian pula. Dengan izin-Nya, selagi ada masa dan usia. Aku selalu terfikir keadaanku tanpa mereka yang menjadi kekuatanku untuk terus hidup. Keluarga. Namun cepat sahaja aku memadamkan fikiran kerana aku tahu, aku takkan mampu. Aku malas. Malas membayangkan kesengsaraan. Ya Allah, panjangkan usia mereka semua. Agar dapat mempimpin tanganku, menahanku daripada tersungkur rebah, menjadi kekuatan ku di dunia. Allah, Kau usir mereka yang akan menyakitkan aku jauh jauh. Tapi kau anugerahkan lah dan hadirkanlah mereka yang menyayangi aku. KeranaMu.
-johanne, 00:21 a.m

Susah menjadi sempurna. Lagi susah untuk berlakon menjadi sempurna.
-johanne, 00:21 a.m
-2nd May 2016
Comments
Post a Comment